My photo
ASSALAMUALAIKUM n hi semua... welcome...call me shide...I like that name, I think I'm gonna keep it.I'm just a 20 year old Muslim boy from KELANTAN..ade orang x kenal negeri KELANTAN?? Impossible kot lau ade orang xkenal..hehehe..I write because I want to...I have too many flaws yet I am still learning. Enjoy our life to the fullest..:). On top of that, I also share any stories or experiences that might be beneficial to everyone...i hope and i hope dan i hope be beneficial to everyone yerr..hihi…:))) daN blog ini dicipta bukaN uNtuk meNcari popUlariti @ sensasi .hanye untuk berkongsi pengalaman.sekadar mengisi masa lapaNg jewk ag pom borink asyik on facebook..hihi..Nak Tau PaSal Aku, mesti la keNal la Ngn Aku! bAru tau..xkenal make x cinte...hEhe..sEmoge terHibur.. by the way nak tau banyak lagi sal aku leh la follow aku ahak3..

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta



Apabila seorang lelaki benar-benar
jatuh cinta dan setia pada kekasihnya
dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat 
dilihat dengan jelas, Hati lelaki yang dianggap
keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban
dan melakukan apa sehaja untuk kekasihnya.

Sekerasnya manapun hati lelaki ia akan 
mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
Namun kaum wanita janganlah mengambil
kesempatan di atas pengorbanan yang 
dilakukan lelaki untuk mu itu…


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu
sentiasa bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu untuk kamu dengan rela hati,
nyata kamu tidak silap memilih teman hidup…
Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan
perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang
yang berdamping denganmu sekadar
suka-suka ataupun untuk mengambil 
kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang 
sebenar. Betapa beruntungnya kamu..


Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat
hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia
inginkan perhubungan yang serius
daripada kamu…sudah tentu dalam
sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu
kenangan yang manis untuk dikenang…

Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa
inginkan suasana ceria setiap kali berdamping
dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya… 

Padanya sudah menjadi
tanggungjawab untuk membuatkan hati orang 
yang disayangi sentiasa senang dan terhibur…

Jangan kamu anggap teman lelakimu 
seorang yang kuat membebel sekiranya 
setiap masa dia cuba member kamu nasihat. 
Ingat!!!  Nasihat bermaksud mengingati. 
Dia akan sentiasa mengingati orang yang 
dia sayangi agar hubungan yang terjalin 
berjalan lancar tanpa sebarang masalah, 
itu tandanya dia amat menyayangi 
perhubungan diantara kamu…Jadi, 
terbukalah hatimu mendengar nasihatnya…

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu
fikirkan termasuklah bimbang akan 
kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu
menyatakan dia selalu memikir dan risaukan
kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna  dia
selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan 
bagaimana untuk menyelamatkan dari
berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah
ke jinjing pelamin, baru berbaloi …!!!

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila 
teman lelakimu berperangai tidak ubah
seperti anak-anak kecil semata-mata
untuk mendapat perhatian daripadamu.
Si dia mahu bermanja dan inginkan
kekasih hatinya melayannya lebih
daripada orang lain yang pernah kamu 
sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali 
cubalah untuk memujuknya…Jangan 
pula kamu sangka manjanya itu 
mengada-ngada. Bukan senang lelaki
sanggup mengubah sikap machonya
kepada seorang lelaki yang berperawakan
manja. Semata-mata hanya untuk 
orang yang disayangi sahaja…

Kamu hadapi masalah dan orang pertama
yang datang membantumu adalah teman 
lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat
kamu susah dan rasa bertanggungjawab
untuk membantu.Si dia akan menjadi orang
yang paling rajin dan sanggup melakukan apa
sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani
kerja ataupun masalah… Beruntungnya!!!


Kamu memberitahu yang kamu akan 
ke satu-satu tempat untuk jangka masa
yang agak lama. Tiba-tiba dia menjadi
menggelabah dan tidak menentu. Itu
tandanya si dia langsung tidak boleh
berjauhan darimu dan kamu tidak perlu 
lagi ragu-ragu tentang kesetiaannya…


Sekiranya teman lelakimu sentiasa
bertanyakan soalan yang sama,
“awak masih sayangkan saya?”
jangan anggap itu satu persoalan
yang membosankan. Itu tandanya 
si dia tidak mahu kasih sayang kamu
kepadanya menjadi semakin luntur…
Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa
diulang-ulang agar kamu tahu betapa
si dia sentiasa mahu kamu ingat
diri kamu sudah dimiliki olehnya…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi
kekasihnya…Bukan semua lelaki sanggup
menitiskan air mata hanya untuk seorang
perempuan. Tidakkah kamu merasa terharu
melihat seorang lelaki yang sanggup 
menitiskan air mata demi kamu. Itu 
membuktikan cintanya begitu kuat buatmu…

Manusia tidak ada yang sempurna,
samalah juga teman lelaki kamu, tak lari
 dari buat silap dan kadang-kadang buat
kamu kecik hati…Dan pengorbanan paling
besar sekali gus menjelaskan lagi betapa
si dia menyayangi dirimu apabila teman
lelakimu lebih mementingkan diri kamu 
berbanding dirinya.Apa sahaja yang dilakukan
semata-mata untuk membahagiakanmu.
Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa
selamat setia kali bersama dirinya…

Jadi…hargailah lelaki dan terimalah mereka
seadanya… Berilah diri kamu peluang untuk
kembali mencintai seseorang yang bergelar
lelaki…

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan 
masing-masing, kalau kamu rasa pasangan kamu 
banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu
lalu kamu cari penganti, alaslan kamu dah tak ada 
hati dan tak serasi, kamu pulak macam mana???
adakah kamu itu tak pernah buat silap?
kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu?


JANGAN BIARKAN EGO MENGUASAI 
PERASAAN KALAU TIDAK KAMU PASTI 
AKAN MENYESAL SATU HARI NANTI 




shideoneway official

Video yang mesti ditonton..Suasana di KELANTAN..i LOVE KELANTAN..

ASSALAMUALAIKUM and good petang..huhu..:)

hi kawan2...ptg ni aku sajikan 1 video sempena tahun baru cina (chinese new year)..sediakan tisu yep sebelum tengok tuu..huuhuhu..Tahniah kpd yg buat video nie ... inilah juga apa yg Islam ajarkan! tiada istilah bangsa di sini....kalau ibu itu berbangsa cina, India hatta apa2 bangsa keturunan sekalipun, itulah yg mesti kita semua lakukan!!

Nasi lauk you never taste before ! 你从来没吃过的咖哩饭!

p/s : aku bangga ada kawan2 bangsa lain..sama2 kita kekalkan hidup harmoni..kdg2 kita ketepi soalan bangsa, agama dan kepercayaan sbb mmg kita boleh dan mampu hidup bersama..Gong Xi Fa Chai ..walaupun sekadar 2 min lebey jer...tp mesej yg disampaikan menusuk kalbu, t'sentuh hati dibuatnye...

notakakitangan : JANGAN LUPE TINGGALKAN KOMEN ANDA..


Jom Melawat Kelantan SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA

p/s :Mari kelate dulu, pah tu baru kkecek. Jange kkecek pasal kelate, selagi xmari jejok kaki ko kelate..kalu suko LIKE


shideoneway official

Hari ini

 ASSALAMUALAIKUM...dan SELAMAT PAGI...

hey peeps...x tidor ag ni..baru nak tidow jew..ahak3...entry hari ni saje jew nk wish selamat hari jumaat..heeehe...hari jumaat kan merupakan penghulu segala hari...:) lagipun kite semua Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain..contoh nyew berselawat ke atas RASULULLAH (S.A.W) di samping itu memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat bagi kaum adam...kepada yang bergelar LELAKI tu jangan buat2 lupe la pulak solat jumaat tuu...xbaek tauu,..orang laki lau x pegi solat jumaat 3x ALLAH   akan menutup pintu hati nye...sekadar renungan bersama..renung2kanlah..XD


p/s : selamat beramal..:))) tidow dulu..bye3..hihi


shideoneway official

Kisah penebang pokok dan kapak tumpul



AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya. Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan. 


Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya “Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu. Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok. 


Hari ketiga pula, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya. “Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa. 


Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu. Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi. 


Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?””Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu. 


“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa. “Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. “Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum. “Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!,” perintah majikan. 

Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya. 


Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar. Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan. 


Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi. Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca. 


Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri. Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan selepas ini ke mana kita akan pergi. Semoga tazkirah kali ini kita sentiasa tajam dengan ilmu dan keprihatinan terhadap tanggungjawab seharian barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.



shideoneway official

7 perkara tak boleh diubah dalam hidup



DALAM hidup ini ada 7 hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

1)Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

2)Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.

3)Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4)Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.

5)Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.

6)Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.

7)Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.


Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya: 

·  Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama. 

·  Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri. 

·  Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan. 

·  Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita. 

·  Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. 



Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.




shideoneway official

Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011




Penyanyi lelaki:
1 – Faizal Tahir 2 – Anuar Zain 3 – Aizat 4 – Hafiz 5 – Black

Penyanyi wanita:
1 – Najwa Latif 2 – Yuna 3 – Stacy 4 – Alyah 5 – Shila Amzah

Artis duo/berkumpulan:
1 – 6ixth Sense 2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah 3 – Meet Uncle Hussain/Hazama 4 – Bunkface 
5 – Forteen

Artis baru lelaki:
1 – Johan Ariff As’ari 2 – Hazama 3 – Awi Rafael 4 – Aeril Zafrel 5 – Beto Khusyairi

Artis baru wanita:
1 – Tasha Shilla 2 – Najwa Latif 3 – Neelofa 4 – Nur Fathia 5 – Izara Aishah

Pelakon filem lelaki:
1 – Aaron Aziz 2 – Shaheizy Sam 3 – Adi Putra 4 – Syamsul Yusof 5 – Bront Palarae

Pelakon filem wanita:
1 – Lisa Surihani 2 – Maya Karin 3 – Diana Danielle 4 – Yana Samsudin 5 – Eja

Pelakon TV lelaki:
1 – Aaron Aziz 2 – Adi Putra 3 – Remy Ishak 4 – Fizz Fairuz 5 – Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita:
1 – Fasha Sandha 2 – Tiz Zaqyah 3 – Scha Alyahya 4 – Nora Danish 5 – Rozita Che Wan

Artis komedi lelaki:
1 – Zizan Razak 2 – Johan 3 – Nabil 4 – Along Cham 5 – Afdlin Shauki

Artis komedi wanita:
1 – Noorkhiriah 2 – Sharifah Shahira 3 – Didie Alias 4 – Kenchana Dewi 5 – Alliza Abdullah @ Enot

Pengacara TV lelaki:
1 – Aznil Nawawi 2 – Faizal Ismail 3 – Ally Iskandar 4 – Awal Ashaari 5 – Zizan Razak

Pengacara TV wanita:
1 – Fara Fauzana 2 – Cheryl Samad 3 – Sharifah Shahira 4 – Raja Azura 5 – Nurul Syuhada

Penyampai radio lelaki:
1 – Faizal Ismail 2 – Aznil Nawawi 3 – AG 4 – Halim Othman 5 – Khairil Rashid @ Krill

Penyampai radio wanita :
1 – Fara Fauzana 2 – Linda Onn 3 – Raja Azura 4 – Abby Fana 5 – Sharifah Shahira



shideoneway official

Kelantan menang 2-1 Lions XII


LIGA SUPER MALAYSIA
MINGGU  PERTAMA
Kelantan LWN Lions XII
Kelantan bawa  balik 3 mata...TAHNIAH..


                                                                                                           (HERO) Super Ghaddar 


Pemain Kelantan, Mahmoud Ghaddar meraikan gol jaringan penaltinya dalam perlawanan Liga Super menentang Lions XII di Singapura, semalam. Kelantan menang 2-1









Pemain Kelantan, Daudsu Jamaludin (kiri) diasak pemain Lions XII, Agu Kasmir dalam perlawanan Liga Super di Singapura, semalam.







Penyokong the red Warriors

Antara Penyokong Setia Kelantan membanjiri stadium ketika perlawanan Liga Super menentang Lions XII di Singapura, semalam.


LIGA SUPER MALAYSIA
MINGGU kedua
KELANTAN LWN PKNS FC
13 januari 2012, 8.45p.m
Stadium sultan Muhammad IV








shideoneway official

Penerbit Indonesia minat tawar Siti Nurhaliza berlakon



Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanahair, Datuk Siti Nurhaliza untuk muncul dalam filem berjudul 'Kekuatan Cinta'.

PT Kentfilms Production mahu menggandingkan Siti Nurhaliza dengan pelakon top Indonesia, Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan dimulakan penggambaran tidak lama lagi dan siap untuk tayangan di pawagam Indonesia pada tahun ini.
    
Beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema akan juga diundang berlakon dalam filem itu, yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.

Sutradara Iwan Sardi, yang bakal mengarahkan filem itu, berharap Siti Nurhaliza sudi menerima tawaran itu nanti memandangkan populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.
    
Penampilan Siti Nurhaliza dalam filem Kekuatan Cinta itu ialah sebagai bintang undangan, katanya di Jakarta kelmarin.Filem Kekuatan Cinta, kata Iwan adalah adaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri dan akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia.
    
Ia mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita sakit yang akhirnya membawa maut kepada suaminya itu. Keunikan filem ini ialah pemaparan adegan percintaan antara lelaki Indonesia dengan wanita Malaysia.
    

Iwan dan Pengarah Utama PT Kentfilms Production, Edy AS sebelumnya mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan di pejabatnya di sini bagi meminta pandangan mengenaikemungkinan menjalinkan kerjasama dalam penerbitan filem itu dengan syarikat penerbitan dan karyawan filem dari Malaysia.

Iwan berkata pihaknya menyambut baik jika ada syarikat penerbitan filem atau mana-mana pengarah Malaysia yang mahu bekerjasama dengannya untuk menghasilkan filem itu, demi faedah kedua-dua negara.


shideoneway official

ERTI KASIH SAYANG




ERTI KASIH SAYANG


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai apa itu kasih sayang

PELAJAR: cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 



CIKGU : ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang dan kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali pun. Bila da jumpa dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.




Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : “tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun satu kali. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula walaupun satu kali, jadi tiada lah rumput yang saya boleh pilih dan boleh petik.”

CIKGU :”ya itulah jawapanya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.”

KESIMPULANNYA : ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.Walaupun nak  ikutkan banyak lagi yang cantik dan  baik seperti rumput-rumput di padang.


shideoneway official

MEMBINA KERJAYA CEMERLANG


Bina kerjaya cemerlang


Tentu sukar bagi pelajar memperoleh pengetahuan berbentuk latihan praktikal atau terdedah dengan persekitaran pekerjaan sebenar jika tiada pengalaman. Malah peluang itu cukup berharga dan harus direbut sebelum melangkah alam pekerjaan untuk membina kerjaya cemerlang dalam industri. Di sini disediakan 10 panduan berguna bagi membantu anda memperoleh yang terbaik demi masa depan.


1. BERPEGANG PADA MATLAMAT 

Sebelum memulakan latihan amali, luangkan masa bagi menyenarai matlamat yang ingin dicapai bagi memahami lebih mendalam kursus yang anda ikuti, mempelajari kemahiran atau rangkaian baru. Menerusi cara ini anda pasti berusaha dan merasai satu pengalaman berbeza jika tahu apa yang ingin dicapai dari awal. 


2. POSITIF 


Banyak syarikat beranggapan pelatih yang menjalani praktikal sepatutnya diberikan tugasan mudah di peringkat awal kemasukan kerja. Ini termasuklah membuat salinan kertas cadangan, membawa peralatan untuk majlis yang bakal diadakan atau membantu menyusun atur sekitar majlis. Tanamkan nilai positif, tidak kira apa jua jenis tugasan diberikan, anggap ia satu pengalaman baru wajar dipelajari sekalipun sekadar melihat dan mendengar apa yang berlaku sekitar anda. 


3. ELAKKAN BERSIKAP NEGATIF 


Jauhi dari bersikap negatif. Jangan suka mengadu atau merungut, tidak menghormati, mengumpat atau berkelakuan tidak profesional. Anda sukar berjaya dalam hidup apabila bos anda beranggapan yang anda adalah seorang yang sombong, tidak suka membantu dan sering menyusahkan. 


4. RAJIN BERTANYA 


Tiada siapa tahu mengenai semua perkara terutamanya berkaitan pekerjaan yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Jika anda tidak pasti, tiada salahnya berta-nya. Pihak atasan lebih suka anda bertanya dan mendapatkan kepastian terlebih dulu seperti langkah pe-nyelesaian sesuatu tugasan diberikan berbanding melihat anda membuat kesilapan. Atau mungkin lebih ketara, berterus terang bahawa anda tidak mampu melakukannya. 


5. AMBIL INISIATIF 


Orang yang bersemangat amat diperlukan. Berfikir di luar kebiasaan dan jadilah penyelesai masalah apabila didatangi cabaran dalam pekerjaan. Jika anda tidak pasti sama ada anda melangkaui sempadan atau tidak, bawa berbincang dengan penyelia. 


6. DAPATKAN PENDEDAHAN 


Beberapa tugasan dari jabatan berlainan ada kalanya perlu disudahkan. Jangan menolak kerja dan sering mengadu anda dibebani atau menjalani latihan amali yang teruk. Tawarkan diri memikul tugasan baru, berinteraksi dengan mereka yang datang dari jabatan berlainan dan ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti syarikat. 


7. PELAJARI DARI SETIAP PENGALAMAN YANG ANDA PEROLEH 

Rebut peluang untuk menghadiri setiap mesyuarat, seminar, persidangan dan 
sebarang majlis yang diadakan syarikat. Ambil bahagian dalam sebarang sesi latihan dan menyemak bahan yang dicetak syarikat bagi meningkatkan pengetahuan anda. 



8. BINA RANGKAIAN 


Lampiran mengenai latihan praktikal yang anda ikuti antara cara terbaik untuk membina rangkaian bagi mendapatkan pekerjaan sebaik saja konvokesyen. Tingkatkan rasa kagum penyelia, pengurus atau bos anda sudah memadai buat anda dan selepas itu tidak mustahil pekerjaan menanti. Sekalipun tidak didatangi sebarang tawaran daripada syarikat berkenaan, mereka bakal memberi anda beberapa panduan berkesan supaya mudah memperoleh pekerjaan dalam industri berkaitan. 


9. REKOD PENCAPAIAN 


Kolej kebiasaannya memerlukan anda mengemukakan laporan amali. Jangan tunggu hingga penghujung latihan amali untuk berbuat demikian. Buat senarai aktiviti dan pencapaian setiap hari atau setiap minggu. Adakah sepanjang latihan amali anda membantu menyusun risalah, menyelaras majlis, melakukan kaji selidik terhadap tahap kepuasan pelanggan? Anda perlu menyenaraikan kesemuanya kerana ia bakal dimasukkan di dalam ringkasan biodata nanti. 


10. NIKMATI KESERONOKANNYA 


Latihan praktikal adalah pengalaman pembelajaran yang menarik. Ia juga masa untuk anda menambah kenalan, memperluaskan lagi rangkaian baru dan berseronok. Cuba berfikiran terbuka dan bersemangat mengenai idea atau cara baru melakukan pelbagai perkara yang bermanfaat buat anda. Sangkaan yang tidak realistik dan kurangnya persediaan menempuh alam pekerjaan adalah dua penghalang terbesar yang dihadapi graduan baru apabila men-cari kerja. Fahami apakah yang diperlukan sebelum terjun di dalam kerjaya pilihan kerana dengan cara itu akan mendapat ganjaran daripada usaha anda dalam masa terdekat. 



shideoneway official