My photo
ASSALAMUALAIKUM n hi semua... welcome...call me shide...I like that name, I think I'm gonna keep it.I'm just a 20 year old Muslim boy from KELANTAN..ade orang x kenal negeri KELANTAN?? Impossible kot lau ade orang xkenal..hehehe..I write because I want to...I have too many flaws yet I am still learning. Enjoy our life to the fullest..:). On top of that, I also share any stories or experiences that might be beneficial to everyone...i hope and i hope dan i hope be beneficial to everyone yerr..hihi…:))) daN blog ini dicipta bukaN uNtuk meNcari popUlariti @ sensasi .hanye untuk berkongsi pengalaman.sekadar mengisi masa lapaNg jewk ag pom borink asyik on facebook..hihi..Nak Tau PaSal Aku, mesti la keNal la Ngn Aku! bAru tau..xkenal make x cinte...hEhe..sEmoge terHibur.. by the way nak tau banyak lagi sal aku leh la follow aku ahak3..

Juara Maharaja Lawak Mega 2011

Kalis kritikan Chef Wan





BERKAT tidak ambil kisah atau diibaratkan sebagai kalis dengan komen-komen pedas juri tetap terutamanya Chef Wan sebaliknya kumpulan Osbon terus tegar memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap minggu berlangsungnya Maharaja Lawak Mega sehingga akhirnya bergelar juara!.
Osbon yang dianggotai oleh dua pelawak ‘otai’ atau veteran, Mohd. Yusof Abdul Hamid atau Os, 50, dan Sharizan Ahmad atau Abon, 51, menjuarai pertandingan sengit yang berlangsung pada malam Sabtu lalu di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
Dengan undian sebanyak 31.1 peratus, Osbon berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro sekali gus mengetepikan peserta kegemaran ramai iaitu kumpulan Boboi yang meraih undi sebanyak 29.3 peratus.
Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki Aksan dan Harun Salim Bachik hanya berjaya menduduki tempat kedua dan membawa pulang RM250,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Ternyata kemenangan Osbon sudah diramal ramai pihak apabila meraih pujian juri Datuk Siti Nurhaliza melalui persembahan pertama mereka manakala legenda bola sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan turut memberi komen yang positif melalui persembahan kedua Osbon.
Komen Siti terhadap Osbon: “Bukan komen negatif yang Siti mahu berikan sebab sorakan dan tepukan yang diberikan penonton di stadium tak putus-putus. Siti mahu ucap tahniah dan ini menunjukkan kebangkitan pelawak senior.”
Zainal pula mengulas: “Harap Osbon terus membuat lawak untuk menghiburkan rakyat Malaysia selepas ini. Walaupun kedua-duanya otai tetapi memang terbaik. Penonton menerima anda bukan kerana rupa atau usia tetapi kerana lawak berkesan yang anda berikan”.
Tapak 27 tahun
Selama 27 tahun bertapak dalam bidang lawak, buat pertama kali Os meluahkan dirinya berasa diiktiraf.
“Kami sentiasa cuba tampilkan yang terbaik dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami. Sudah 27 tahun saya berada dalam bidang lawak dan inilah kali pertama rasa diiktiraf berada di tapak ini,” tuturnya optimis.


OS dan Abon terharu meraih pengiktirafan yang cukup bermakna ini.



Ditanya mengenai hala tuju kedua-duanya selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega, ungkap Os, dia akan kembali memandu teksi seperti biasa kecuali jika ada tawaran yang datang.
Di pihak Abon pula, dia memberitahu, memang kerjanya melawak di majlis-majlis makan malam mahupun hari keluarga. Jadi, dia akan meneruskan kerjanya dan tidak menolak jika menerima tawaran untuk digandingkan bersama Os.
Bercerita tentang duit kemenangan sebanyak RM350,000 yang bakal dikongsi berdua. Os sememangnya menyimpan hajat ingin mencantikkan lagi teksinya untuk keselesaan para penumpangnya manakala Abon belum lagi memikirkan mengenainya.
Osbon turut ditanya adakah karakter wanita yang ditampilkan dalam setiap persembahan lawak peserta-peserta Maharaja Lawak Mega menjadi faktor bagi meraih undian yang tinggi daripada penonton.
“Untuk persembahan memang kita perlu pelbagaikan lawak. Tak kiralah kita tukar watak jadi wanita atau apapun. Jika tidak penonton akan bosan. Apa yang Osbon buat, kami akan pelbagaikan watak namun masih mengekalkan originaliti Os dan Abon sendiri,” ujar Os.
Menurut Abon pula, untuk 10 minggu dalam Maharaja Lawak Mega dia dan Os sudah mempunyai perancangan rapi mengenai setiap persembahan mereka.
Lawak gigi
“Kami cuba sesuaikan watak melalui setiap persembahan. Persembahan mana yang perlu dipakai perempuan dan persembahan mana yang boleh menggunakan Jawa sebagai lawak.
“Begitu juga lawak gigi Os. Kami bukan gunakan isu gigi Os untuk meraih simpati penonton dan juri sebaliknya menjadikannya rencah rasa dalam lawak kami,” tutur Abon pula.


KUMPULAN Syok dan Saehu bergambar kenangan bersama kumpulan Boboi dan Osbon.



Sementara itu, ditanya mengenai kekalahan Boboi, ujar Afdlin, dia cukup berbangga kerana tewas di tangan Osbon.
“Saya memang kagumi mereka sebagai seorang pelakon dan pelawak. Saya tengok mereka melawak sejak dari kecil lagi. Mereka memang layak menang,” luah Afdlin jujur.
Selain Osbon dan Boboi yang menduduki tempat pertama dan kedua, kumpulan Saehu dari Indonesia pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Kumpulan Syok yang dianggotai Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah, 36, dan dua orang peserta daripada Singapura pula berjaya menduduki tempat keempat.
Biarpun menduduki tempat keempat, kumpulan Syok dikejutkan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 sedangkan pada mulanya tempat keempat diumumkan tidak mendapat sebarang hadiah berupa wang tunai.
“Pihak Astro buat kejutan di saat-saat akhir tempat keempat juga mendapat wang tunai. Saya ucap terima kasih banyak-banyak. Saya tidak pernah bermimpi untuk berada di pentas bersama dengan otai-otai. Bagaimanapun saya tetap bersyukur berada di tempat keempat,” kata Ifa teruja.
Para peserta diadili dengan konsep 70 peratus markah juri awam daripada Datuk Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin serta seorang juri jemputan pelakon Aaron Aziz manakala 30 peratus pula adalah undian daripada penonton.

                                                                         hahahahah...:)


                                                                      ...LAWAK OSBON...




shideoneway official

No comments:

Post a Comment