My photo
ASSALAMUALAIKUM n hi semua... welcome...call me shide...I like that name, I think I'm gonna keep it.I'm just a 20 year old Muslim boy from KELANTAN..ade orang x kenal negeri KELANTAN?? Impossible kot lau ade orang xkenal..hehehe..I write because I want to...I have too many flaws yet I am still learning. Enjoy our life to the fullest..:). On top of that, I also share any stories or experiences that might be beneficial to everyone...i hope and i hope dan i hope be beneficial to everyone yerr..hihi…:))) daN blog ini dicipta bukaN uNtuk meNcari popUlariti @ sensasi .hanye untuk berkongsi pengalaman.sekadar mengisi masa lapaNg jewk ag pom borink asyik on facebook..hihi..Nak Tau PaSal Aku, mesti la keNal la Ngn Aku! bAru tau..xkenal make x cinte...hEhe..sEmoge terHibur.. by the way nak tau banyak lagi sal aku leh la follow aku ahak3..

MEMBINA KERJAYA CEMERLANG


Bina kerjaya cemerlang


Tentu sukar bagi pelajar memperoleh pengetahuan berbentuk latihan praktikal atau terdedah dengan persekitaran pekerjaan sebenar jika tiada pengalaman. Malah peluang itu cukup berharga dan harus direbut sebelum melangkah alam pekerjaan untuk membina kerjaya cemerlang dalam industri. Di sini disediakan 10 panduan berguna bagi membantu anda memperoleh yang terbaik demi masa depan.


1. BERPEGANG PADA MATLAMAT 

Sebelum memulakan latihan amali, luangkan masa bagi menyenarai matlamat yang ingin dicapai bagi memahami lebih mendalam kursus yang anda ikuti, mempelajari kemahiran atau rangkaian baru. Menerusi cara ini anda pasti berusaha dan merasai satu pengalaman berbeza jika tahu apa yang ingin dicapai dari awal. 


2. POSITIF 


Banyak syarikat beranggapan pelatih yang menjalani praktikal sepatutnya diberikan tugasan mudah di peringkat awal kemasukan kerja. Ini termasuklah membuat salinan kertas cadangan, membawa peralatan untuk majlis yang bakal diadakan atau membantu menyusun atur sekitar majlis. Tanamkan nilai positif, tidak kira apa jua jenis tugasan diberikan, anggap ia satu pengalaman baru wajar dipelajari sekalipun sekadar melihat dan mendengar apa yang berlaku sekitar anda. 


3. ELAKKAN BERSIKAP NEGATIF 


Jauhi dari bersikap negatif. Jangan suka mengadu atau merungut, tidak menghormati, mengumpat atau berkelakuan tidak profesional. Anda sukar berjaya dalam hidup apabila bos anda beranggapan yang anda adalah seorang yang sombong, tidak suka membantu dan sering menyusahkan. 


4. RAJIN BERTANYA 


Tiada siapa tahu mengenai semua perkara terutamanya berkaitan pekerjaan yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Jika anda tidak pasti, tiada salahnya berta-nya. Pihak atasan lebih suka anda bertanya dan mendapatkan kepastian terlebih dulu seperti langkah pe-nyelesaian sesuatu tugasan diberikan berbanding melihat anda membuat kesilapan. Atau mungkin lebih ketara, berterus terang bahawa anda tidak mampu melakukannya. 


5. AMBIL INISIATIF 


Orang yang bersemangat amat diperlukan. Berfikir di luar kebiasaan dan jadilah penyelesai masalah apabila didatangi cabaran dalam pekerjaan. Jika anda tidak pasti sama ada anda melangkaui sempadan atau tidak, bawa berbincang dengan penyelia. 


6. DAPATKAN PENDEDAHAN 


Beberapa tugasan dari jabatan berlainan ada kalanya perlu disudahkan. Jangan menolak kerja dan sering mengadu anda dibebani atau menjalani latihan amali yang teruk. Tawarkan diri memikul tugasan baru, berinteraksi dengan mereka yang datang dari jabatan berlainan dan ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti syarikat. 


7. PELAJARI DARI SETIAP PENGALAMAN YANG ANDA PEROLEH 

Rebut peluang untuk menghadiri setiap mesyuarat, seminar, persidangan dan 
sebarang majlis yang diadakan syarikat. Ambil bahagian dalam sebarang sesi latihan dan menyemak bahan yang dicetak syarikat bagi meningkatkan pengetahuan anda. 



8. BINA RANGKAIAN 


Lampiran mengenai latihan praktikal yang anda ikuti antara cara terbaik untuk membina rangkaian bagi mendapatkan pekerjaan sebaik saja konvokesyen. Tingkatkan rasa kagum penyelia, pengurus atau bos anda sudah memadai buat anda dan selepas itu tidak mustahil pekerjaan menanti. Sekalipun tidak didatangi sebarang tawaran daripada syarikat berkenaan, mereka bakal memberi anda beberapa panduan berkesan supaya mudah memperoleh pekerjaan dalam industri berkaitan. 


9. REKOD PENCAPAIAN 


Kolej kebiasaannya memerlukan anda mengemukakan laporan amali. Jangan tunggu hingga penghujung latihan amali untuk berbuat demikian. Buat senarai aktiviti dan pencapaian setiap hari atau setiap minggu. Adakah sepanjang latihan amali anda membantu menyusun risalah, menyelaras majlis, melakukan kaji selidik terhadap tahap kepuasan pelanggan? Anda perlu menyenaraikan kesemuanya kerana ia bakal dimasukkan di dalam ringkasan biodata nanti. 


10. NIKMATI KESERONOKANNYA 


Latihan praktikal adalah pengalaman pembelajaran yang menarik. Ia juga masa untuk anda menambah kenalan, memperluaskan lagi rangkaian baru dan berseronok. Cuba berfikiran terbuka dan bersemangat mengenai idea atau cara baru melakukan pelbagai perkara yang bermanfaat buat anda. Sangkaan yang tidak realistik dan kurangnya persediaan menempuh alam pekerjaan adalah dua penghalang terbesar yang dihadapi graduan baru apabila men-cari kerja. Fahami apakah yang diperlukan sebelum terjun di dalam kerjaya pilihan kerana dengan cara itu akan mendapat ganjaran daripada usaha anda dalam masa terdekat. 



shideoneway official

2 comments:

  1. awsome entry! anyway, music blog pun membangkitkan smgt, tp kdg2 bunyi menakutkan..hehehe, sorry :)

    ReplyDelete
  2. mnakutkan sngat kew???ahahaha...:P

    ReplyDelete