My photo
ASSALAMUALAIKUM n hi semua... welcome...call me shide...I like that name, I think I'm gonna keep it.I'm just a 20 year old Muslim boy from KELANTAN..ade orang x kenal negeri KELANTAN?? Impossible kot lau ade orang xkenal..hehehe..I write because I want to...I have too many flaws yet I am still learning. Enjoy our life to the fullest..:). On top of that, I also share any stories or experiences that might be beneficial to everyone...i hope and i hope dan i hope be beneficial to everyone yerr..hihi…:))) daN blog ini dicipta bukaN uNtuk meNcari popUlariti @ sensasi .hanye untuk berkongsi pengalaman.sekadar mengisi masa lapaNg jewk ag pom borink asyik on facebook..hihi..Nak Tau PaSal Aku, mesti la keNal la Ngn Aku! bAru tau..xkenal make x cinte...hEhe..sEmoge terHibur.. by the way nak tau banyak lagi sal aku leh la follow aku ahak3..

Penerbit Indonesia minat tawar Siti Nurhaliza berlakon



Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanahair, Datuk Siti Nurhaliza untuk muncul dalam filem berjudul 'Kekuatan Cinta'.

PT Kentfilms Production mahu menggandingkan Siti Nurhaliza dengan pelakon top Indonesia, Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan dimulakan penggambaran tidak lama lagi dan siap untuk tayangan di pawagam Indonesia pada tahun ini.
    
Beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema akan juga diundang berlakon dalam filem itu, yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.

Sutradara Iwan Sardi, yang bakal mengarahkan filem itu, berharap Siti Nurhaliza sudi menerima tawaran itu nanti memandangkan populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.
    
Penampilan Siti Nurhaliza dalam filem Kekuatan Cinta itu ialah sebagai bintang undangan, katanya di Jakarta kelmarin.Filem Kekuatan Cinta, kata Iwan adalah adaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri dan akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia.
    
Ia mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita sakit yang akhirnya membawa maut kepada suaminya itu. Keunikan filem ini ialah pemaparan adegan percintaan antara lelaki Indonesia dengan wanita Malaysia.
    

Iwan dan Pengarah Utama PT Kentfilms Production, Edy AS sebelumnya mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan di pejabatnya di sini bagi meminta pandangan mengenaikemungkinan menjalinkan kerjasama dalam penerbitan filem itu dengan syarikat penerbitan dan karyawan filem dari Malaysia.

Iwan berkata pihaknya menyambut baik jika ada syarikat penerbitan filem atau mana-mana pengarah Malaysia yang mahu bekerjasama dengannya untuk menghasilkan filem itu, demi faedah kedua-dua negara.


shideoneway official

ERTI KASIH SAYANG




ERTI KASIH SAYANG


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai apa itu kasih sayang

PELAJAR: cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 



CIKGU : ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang dan kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali pun. Bila da jumpa dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.




Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : “tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun satu kali. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula walaupun satu kali, jadi tiada lah rumput yang saya boleh pilih dan boleh petik.”

CIKGU :”ya itulah jawapanya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.”

KESIMPULANNYA : ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.Walaupun nak  ikutkan banyak lagi yang cantik dan  baik seperti rumput-rumput di padang.


shideoneway official

MEMBINA KERJAYA CEMERLANG


Bina kerjaya cemerlang


Tentu sukar bagi pelajar memperoleh pengetahuan berbentuk latihan praktikal atau terdedah dengan persekitaran pekerjaan sebenar jika tiada pengalaman. Malah peluang itu cukup berharga dan harus direbut sebelum melangkah alam pekerjaan untuk membina kerjaya cemerlang dalam industri. Di sini disediakan 10 panduan berguna bagi membantu anda memperoleh yang terbaik demi masa depan.


1. BERPEGANG PADA MATLAMAT 

Sebelum memulakan latihan amali, luangkan masa bagi menyenarai matlamat yang ingin dicapai bagi memahami lebih mendalam kursus yang anda ikuti, mempelajari kemahiran atau rangkaian baru. Menerusi cara ini anda pasti berusaha dan merasai satu pengalaman berbeza jika tahu apa yang ingin dicapai dari awal. 


2. POSITIF 


Banyak syarikat beranggapan pelatih yang menjalani praktikal sepatutnya diberikan tugasan mudah di peringkat awal kemasukan kerja. Ini termasuklah membuat salinan kertas cadangan, membawa peralatan untuk majlis yang bakal diadakan atau membantu menyusun atur sekitar majlis. Tanamkan nilai positif, tidak kira apa jua jenis tugasan diberikan, anggap ia satu pengalaman baru wajar dipelajari sekalipun sekadar melihat dan mendengar apa yang berlaku sekitar anda. 


3. ELAKKAN BERSIKAP NEGATIF 


Jauhi dari bersikap negatif. Jangan suka mengadu atau merungut, tidak menghormati, mengumpat atau berkelakuan tidak profesional. Anda sukar berjaya dalam hidup apabila bos anda beranggapan yang anda adalah seorang yang sombong, tidak suka membantu dan sering menyusahkan. 


4. RAJIN BERTANYA 


Tiada siapa tahu mengenai semua perkara terutamanya berkaitan pekerjaan yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Jika anda tidak pasti, tiada salahnya berta-nya. Pihak atasan lebih suka anda bertanya dan mendapatkan kepastian terlebih dulu seperti langkah pe-nyelesaian sesuatu tugasan diberikan berbanding melihat anda membuat kesilapan. Atau mungkin lebih ketara, berterus terang bahawa anda tidak mampu melakukannya. 


5. AMBIL INISIATIF 


Orang yang bersemangat amat diperlukan. Berfikir di luar kebiasaan dan jadilah penyelesai masalah apabila didatangi cabaran dalam pekerjaan. Jika anda tidak pasti sama ada anda melangkaui sempadan atau tidak, bawa berbincang dengan penyelia. 


6. DAPATKAN PENDEDAHAN 


Beberapa tugasan dari jabatan berlainan ada kalanya perlu disudahkan. Jangan menolak kerja dan sering mengadu anda dibebani atau menjalani latihan amali yang teruk. Tawarkan diri memikul tugasan baru, berinteraksi dengan mereka yang datang dari jabatan berlainan dan ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti syarikat. 


7. PELAJARI DARI SETIAP PENGALAMAN YANG ANDA PEROLEH 

Rebut peluang untuk menghadiri setiap mesyuarat, seminar, persidangan dan 
sebarang majlis yang diadakan syarikat. Ambil bahagian dalam sebarang sesi latihan dan menyemak bahan yang dicetak syarikat bagi meningkatkan pengetahuan anda. 



8. BINA RANGKAIAN 


Lampiran mengenai latihan praktikal yang anda ikuti antara cara terbaik untuk membina rangkaian bagi mendapatkan pekerjaan sebaik saja konvokesyen. Tingkatkan rasa kagum penyelia, pengurus atau bos anda sudah memadai buat anda dan selepas itu tidak mustahil pekerjaan menanti. Sekalipun tidak didatangi sebarang tawaran daripada syarikat berkenaan, mereka bakal memberi anda beberapa panduan berkesan supaya mudah memperoleh pekerjaan dalam industri berkaitan. 


9. REKOD PENCAPAIAN 


Kolej kebiasaannya memerlukan anda mengemukakan laporan amali. Jangan tunggu hingga penghujung latihan amali untuk berbuat demikian. Buat senarai aktiviti dan pencapaian setiap hari atau setiap minggu. Adakah sepanjang latihan amali anda membantu menyusun risalah, menyelaras majlis, melakukan kaji selidik terhadap tahap kepuasan pelanggan? Anda perlu menyenaraikan kesemuanya kerana ia bakal dimasukkan di dalam ringkasan biodata nanti. 


10. NIKMATI KESERONOKANNYA 


Latihan praktikal adalah pengalaman pembelajaran yang menarik. Ia juga masa untuk anda menambah kenalan, memperluaskan lagi rangkaian baru dan berseronok. Cuba berfikiran terbuka dan bersemangat mengenai idea atau cara baru melakukan pelbagai perkara yang bermanfaat buat anda. Sangkaan yang tidak realistik dan kurangnya persediaan menempuh alam pekerjaan adalah dua penghalang terbesar yang dihadapi graduan baru apabila men-cari kerja. Fahami apakah yang diperlukan sebelum terjun di dalam kerjaya pilihan kerana dengan cara itu akan mendapat ganjaran daripada usaha anda dalam masa terdekat. 



shideoneway official

hi happy weekend...


  borink laa...jiwang dulu jomm..hihihi



Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah
Reff:
Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok
Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan
Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada
Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi bersamaku hingga akhir datang
Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Back to Reff:
Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbang bersamaku
Melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)
Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta
Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

Back to Reff: 3x




shideoneway official

Piala Sumbangsih 2012 milik Negeri 9



                                            
Tahniah kepada Negeri 9 kerana berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih 2012 dan berjaya menewaskan KELANTAN

                               KELANTAN 1-2 NEGERI SEMBILAN                              
                                              norShahrul -20                                  Owona-31,63



shideoneway official

Keikhlasan Zizan

Keikhlasan Zizan

SEPANJANG 2012, Zizan bakal tampil dengan filem KL Gangster 2, Jangan Pandang-Pandang dan Mael Labung.Malah Zizan juga tampil sebagai penyanyi dengan berduet bersama Kaka untuk lagu Bawaku Pergi ciptaan Malique.


ACARA sambutan tahun baharu boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Ada yang memilih untuk bersama famili, rakan-rakan atau berada di tengah hiruk konsert.
Untuk Zizan Raja Lawak atau nama sebenar Mohd. Razizan Abd. Razak, tahun ini dia berada di Dataran Shah Alam bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hayy, Sham Kamikaze dan ramai lagi bagi menyambut permulaan tahun 2012.
Berlandaskan kerohanian, sambutan tahun baharu ini antara lain menyediakan sesi sembang santai Islamik antara Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Menyediakan 12 buah soalan untuk dijawab oleh Ustaz Azhar, antara soalan yang ditanyakan oleh Zizan ialah 'Apakah hukum main bunga api?, Langgar lampu merah dibolehkan?, Betulkah alat muzik itu najis? dan Hukum tengok cerita hantu?.'
Selain itu, Zizan sempat memetik gitar dan mengadakan sesi jamming bersama Ustaz Azhar dan kemudian meniru gaya ustaz.
Ketika diminta sedikit komen perihal sambutan tahun baharu Zizan yang berlainan dengan selebriti lain di tanah air, Zizan menjawab dengan rendah hati: "Saya tidak mahu besarkan cerita itu kerana saya buat dengan seikhlas hati. Kalau orang tahu, tahulah. Tapi saya tidak mahu komen panjang lebar."

shideoneway official

Ringgit dijangka naik berbanding dolar Amerika...???





Ringgit berkemungkinan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan kerana data-data ekonomi yang lebih teguh dari AS boleh merangsang keyakinan terhadap pasaran-pasaran ekuiti dan menambah selera bagi pelaburan yang lebih berisiko serta mata wang Asia, kata peniaga.Menurut perangkaan terbaru, sektor swasta di AS meningkatkan pengambilan pekerja pada Disember ke paras tertinggi bagi tahun lalu manakala tuntutan-tuntutan baharu bagi faedah pengangguran susut dalam bulan yang sama.


Satu kaji selidik oleh Reuters mendapati pelabur-pelabur menjadi yakin terhadap dolar Singapura dan ringgit Malaysia."Mata wang Asia akan mengatasi prestasi (mata wang lain) sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi Asia dengan disokong oleh penggunaan domestik dan peningkatan dana asing yang mengalir masuk ke rantau ini," kata seorang peniaga.

Dalam minggu ini, ringgit dan dolar Singapura meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah masing-masing berbanding dolar AS ekoran kemasukan semakin banyak dana global ke rantau ini, meskipun kenaikan masing-masing agak terhad disebabkan oleh krisis hutang zon euro yang masih belum selesai.

Ringgit juga mengukuh dengan ketara berbanding euro sejajar dengan kedudukan mata wang euro yang semakin lemah berbanding mata wang utama lain, akibat krisis hutang rantau ini yang belum juga selesai.Euro jatuh ke paras terendah dalam tempoh 16 bulan berbanding dolar AS Jumaat minggu ini.Sementara itu, ringgit susut pada Jumaat, apabila pelabur mengambil untung setelah sentimen menjadi berhati-hati berikutan krisis hutang zon euro itu.

Secara perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit naik mendadak berbanding dolar AS kepada 3.1490/1520 daripada 3.1670/1700 Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4335/4368 daripada 2.4350/4373.

Bagaimanapun, unit tempatan itu turun berbanding yen kepada 4.0817/0871 daripada 4.0796/0845 minggu lepas.Ia juga susut berbanding pound sterling kepada 4.8838/8897 daripada 4.8807/8862 Jumaat lalu tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.0326/0377 daripada 4.0911/0960.




shideoneway official