My photo
ASSALAMUALAIKUM n hi semua... welcome...call me shide...I like that name, I think I'm gonna keep it.I'm just a 20 year old Muslim boy from KELANTAN..ade orang x kenal negeri KELANTAN?? Impossible kot lau ade orang xkenal..hehehe..I write because I want to...I have too many flaws yet I am still learning. Enjoy our life to the fullest..:). On top of that, I also share any stories or experiences that might be beneficial to everyone...i hope and i hope dan i hope be beneficial to everyone yerr..hihi…:))) daN blog ini dicipta bukaN uNtuk meNcari popUlariti @ sensasi .hanye untuk berkongsi pengalaman.sekadar mengisi masa lapaNg jewk ag pom borink asyik on facebook..hihi..Nak Tau PaSal Aku, mesti la keNal la Ngn Aku! bAru tau..xkenal make x cinte...hEhe..sEmoge terHibur.. by the way nak tau banyak lagi sal aku leh la follow aku ahak3..

Buatmu Ibu...Dari Anakmu Yang Jauh Dimata

Selagi ibu bapa masih ada 
 berbaktilah kepada mereka semampu mungkin

assalamlaikum, kepada ibu yg tercinta
untukmu IBU..


Ibuuuu...
Kasihmu tak mungkin akan ku lupakan
Cuma kadang-kadang aku hanyut dalam arus duniawi
tatkala nasihatmu menjadi titisan hangat di telingaku
tatkala aku lupa akan nasihatmu
dosakah aku sebagai anakmu, ibu?
  
Aku merintih, menangis, mengenang akan diri ini
layakkah aku menjadi anakmu?
kau sentiasa mendoakan kesejahteraanku
kasihmu tidak berkurang walaupun aku jauh dimata
doamu tak pernah putus walau aku dalam tidurku
solatmu sentiasa berakhir dengan doa untukku
suaraku tak pernah hilang di telingamu
kasih sayangmu tak reput ditelan zaman
Namun, anakmu ini sering lupa akan itu...leka...lalai..
ibu..layakkah aku menjadi anakmu???




air mata ini menitis tatkala aku terkenangkan mu, ibu...
kasihmu sungguh murni tak terbanding kasihku untukmu
terima kasih atas segala pengorbananmu...
jasamu tiada terbalas, jasamu tiada terbeli, jasamu tiada akhir
jasamu terlukis indah di dalam syurga...
Ibuku...
hanya doa yang dapat ku persembahkan untukmu karana jasamu tiada terbalas


Ibu...Layakkah aku menjadi anakmu???
tatkala aku bersedih, kau sentiasa disisi, menenangkan anakmu ini
tatkala aku memberontak mahukan sesuatu,tanganmu pantas mencarinya untukku
mampukah aku melakukan semua itu tatkala kau pula memerlukanku???
mampukah aku membalas jasamu???
Sempatkah aku membalas semua pengorbananmu???
mampukah aku menjagamu sebagaimana kau menjaga aku???
jika tidak, layakkah aku menjadi anakmu, ibu???


ibuuuuuuuuu...

mengapa nasibmu sebegini mendapat anak sepertiku???
layakkah aku dipanggil anakmu, ibu???
ibu, sudikah kau menerima anakmu ini???
ku sesali diri ini semakin melupakamu...
kata-katamu sering menenankan aku sewaktu kecil dahulu...
menyejukkan hati yang sedang gundah gulana...
memadamkan api yang sedang marak menyala...
menyapu air mata yang bergelinang dipipiku..
kini tatkala aku telah besar dewasa
aku mula lupa akan pesananmu, nasihatmu ku lempar...
kasihmu kubiar terapung di lautan dalam
panggilangmu kusahut dengan amarah...


ibu...kau umpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan
cintamu kepadaku sudah tersemai sejak aku di dalam kandungan lagi
 kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.
kasihnya Ibu kepada aku begitu hebat hingga tak mampu untuk aku mengukurnya
umpama air dicincang tidak akan putus
begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu.
tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu              
 ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak
 ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku
aku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi ALLAH S.W.T

   
ibuuuuuuuuuuuuuuu...
layakkah aku menjadi anakmu??? maafkan anakmu ini...
maafkan segala dosa dan kesalahan anakmu ini...
aku tidak mahu digelar si Tanggan...
disumpah menjadi batu kerana derhaka...derhakakah aku ibu???
ku sujud mohon ampun darimu, ibu...
syukur ku panjatkan kerana aku masih berpeluang melihatmu lagi...
syukur ku ucapkan kerana aku masih berpeluang memelukkmu lagi...
syukur ku lafazkan kerana aku masih berpeluang merasa kasih sayangmu lagi
namun, layakkah aku menjadi anakmu, ibu..?
kasihmu sungguh suci...
sayangmu sungguh murni...
nasihatmu sungguh bererti...

YA ALLAH YA TUHANKU
kau tetaplah aku dijalanmu...jalan yang benar
agar aku tidak lupa akan asal usulku
semoga aku tidak lupa siapa yang mengasuh, membesar dan mendidikku...
semoga dirimu ibu, akan kekal di hatiku sampai ke akhir hayatku...


ibuuuuu...akanku gembirakanmu
akan ku tebus segala dosa dan kesilapanku
akan ku balas semua jasamu selama ini
akan ku campak bisikan syaitan yang ingin menggoda anakmu ini...
semuanya untukmu...ibuuu...
sudikah kau memaafkan anakmu ini??

ibu, kudusnya kasih sayang yang kau hamparkan
bagaikan laut yang tidak bertepian
kau korbankan biarpun dirimu yang telah terkorban
tidak dapat kubalasi akan semua ini
 semoga ALLAH S.W.T memberkati kehidupanmu ibu

ibuuu...ampunilah dosaku andainya menghiris hatimu
restumu amatlah aku harapkan kerana disitu letak syurgaku
kau umpama pelita dikala aku kegelapan
kasih sayang mu sungguh bernilai
itulah harta yang bernilai yang kau berikan padaku
sayangilah ibubapa kita selagi masih ada
alhamdulillah, ALLAH masih bagi peluang untuk aku merasakan nilai-nilai kekeluargaan
orang yang paling berjasa di dunia ini adalah
1. Ibu
2. Ibu
3. Ibu
4. Ayah
5. ...
6. ...
 i Love u ibu 

hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup..tanpa ibu, siapalah kita
semua makhluk mempunyai ibu
tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu
syurga ku ada di telapak kaki mu ibu...
ibu...aku mohon redho mu....aku mohon restu mu


TERIMA KASIH IBU
     Ya Allah,ku mohon supaya jangan tarik nyawa ibu dan bapaku dulu ya allah
biarlah aku pergi dulu sebelum mereka pergi
aku tidak mampu hidup tanpa ibu dan bapaku
panjangkan umur mereka
ampunilah dosa-dosa mereka
sihatkanlah tubuh badan mereka
murahkanlah rezeki mereka
Selamatkan mereka dari azab neraka dan bencana di dunia
hubungkan mereka dengan taliMU ya allah...
Amin Ya Rabbal’alamin


selagi ibu bapa masih ada
berbaktilah kepada mereka semampu mungkin...
dari SHAHIDAN yang jauh dimata..salam...saya sayang ibu sangat2...









shideoneway official

No comments:

Post a Comment